Saturday, May 31, 2014

SELF SERVICE DOBI- MELAKA (LAUNDRY)

DOBI SIAP DALAM SEJAM


Siapa-siapa yang bercuti ke Melaka, perkhidmatan dobi 24jam self-service ada ada banyak di Melaka. Ada 2 company. Satu CleanPro lagi satu WashLab

  • Baju siap basuh lebih kurang sejam. 
  • Sabun dan pelembut ada dijual. (Washlab free)
  • Kos setiap basuhan terpulang kepada kita pakai mesin basuh yang berapa kilogram (Kos antara rm4.50 - rm14.00)
  • Ada mesih 9kg, 14kg dan 25kg. Tempoh dalam 20-30 minit.
  • Mesin kering pakaian pula untuk tempoh 24 minit hanya rm4 sahaja.
  • Mesin hanya terima duit 50 sen baru. Ada cawangan yang dah sediakan mesin untuk tukaran wang kertas kepada duit syiling
  • Cara penggunaan mesin ada dijelaskan besar-besar kat dinding.


ANTARA KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN 
(Bukan semua cawangan ada)
  • WIFI - yang nie semua cawangan ada
  • KEDAI BUKA 24JAM
  • MESIN TUKARAN SYILING
  • VENDING MESIN AIR
  • KERUSI MASSAGE
  • MESIN SABUN DAN PELEMBUT
  • CCTV


Di sini saya listkan kawasan-kawasan yang ada kedai dobi  CLEANPRO : 
  1. Bandar Sungai Udang
  2. BUKIT BERUANG BAZAR
  3. JALAN IXORA-BUKIT BERUANG
  4. MELAKA RAYA
  5. TAMAN MERDEKA PERMAI
  6. TAMAN PAYA RUMPUT



Apa-apa boleh tengok website kedai CleanPro nie


Kawasan-kawasan yang ada kedai dobi  WASHLAB : 
(Kat sini sabun sama dengan pelembut dah siap-siap ada. Jadi kita bawa baju aje. Sabun free).

  1. UJUNG PASIR
  2. DUYONG
  3. SATU LAGI TAK INGAT - saya update kemudian.

Monday, May 19, 2014

ZOO MELAKA & NIGHT SAFARI


Zoo Melaka yang terletak di Ayer Keroh, adalah salah satu tempat tarikan utama pengunjung berikutan kedudukannya yang strategik, iaitu di Lebuh Ayer Keroh, jalan utama yang menghubungkan Melaka dengan Lebuhraya Utara-Selatan. Zoo Melaka adalah zoo yang kedua terbesar di Malaysia dan ianya menjadi kediaman pelbagai spesies binatang yang diancam kepupusan.   Selain dari menyaksikan berbegai  spesis hidupan liar, pengunjung juga boleh menikmati keseronokan berinteraksi bersama  gajah dan menunggang kuda, yang mana sering menjadi kegemaran pengunjung ke Zoo Melaka

Kalau kita pergi kena dengan waktunya, kita boleh tengok show haiwan-haiwan seperti orang utan, burung kakak tua, gajah dan lain. Jadi takde laa kita merayap aje tapi dalam masa yang sama kita boleh terhibur dengan telatah diorang nie.. Kami sefamily memang rajin ke zoo nie maklumlah anak-anak kecil memang leka tengok haiwan-haiwan nie.. boleh leka diorang tengok sampai nak ajak balik pun dah susah.





ZOO SIANG

* MASA LAWATAN*
9.00 pagi – 6.00 petang setiap hari
Tiket terakhir dijual jam 5.30 petang

*HARGA TIKET*

KategoriHarga
Dewasa ( 13 Tahun dan Ke atas)  RM 15.00
Kanak-kanak RM   6.00



Warga EmasRM   6.00
Membawa Video KameraRM 10.00

Bukan Warganegara   Dewasa RM20 (Free air mineral sebotol)
                               Kanak-kanak RM15 (Free air mineral)

* Kanak-kanak bawah 3 tahun percuma

**Warga emas umur 60 tahun keatas

*TRAM SERVICE*

menarik di melakaDewasa RM5
Kanak-Kanak RM3
Last Tram kul 5 petang
Tiket tram ni kena beli kat kaunter tram.. bukan kaunter tiket masuk tau.


*AKTIVITI*

1.Persembahan Haiwan (Multi-animal Show): 

Isnin - Khamis (11 pagi  & 2 petang)

Sabtu , Ahad, Cuti Sekolah dan Cuti umum ( 10 pagi - 11 pagi) & (2 petang - 3 petang)


2.Interaksi Bersama Gajah

*Tiada bayaran di kenakan Interaksi Bersama Gajah:

Memberi gajah makan : RM 2.00

(12.00 tengahari dan 4 petang)


3.“Free-Ranging" Orang Utan

Hari: Isnin – Ahad (kecuali hari Jumaat)

10.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan 2.00 petang hingga 4.00 petang

(Cuti Sekolah dan Cuti Umum Sahaja) "Free-Ranging" Orang Utan



NIGHT SAFARI

Bagi pengunjung yang tidak mempunyai aktiviti pada waktu malam, bolehlah berkunjung ke Zoo Malam pada waktu berikut:- 

8malam – 11.00 malam 

Setiap Jumaat, Sabtu, Sehari sebelum cuti sekolah dan sehari cuti umum

*Harga Tiket*


KategoriHarga
Dewasa ( 13 Tahun dan Ke atas)  RM 15.00
Kanak-kanak RM   6.00



Warga EmasRM   6.00
Aktiviti MemancingRM 30.00
* Termasuk kemudahan keretapi (Trem)
* Kamera, kamera video dan lampu suluh tidak dibenarkan di bawa masuk

*KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN*

  • BILIK SEMBAHYANG
  • TEMPAT MAINAN BUDAK
  • BILIK REHAT
  • TEMPAT TUKAR BAYI
  • LOCKER
  • PARKING AREA YANG LUAS ( tapi menapak jugak laa pasal zoo tu macam atas bukit skit.. parking bawah bukit.. tapi bukit kecik aje)

TARIKAN LAIN

  • KEDAI CENDERAMATA DI LALUAN KELUAR ZOO


INFO PENTING
  1. Bawa bekal air masak yang lebih maklumlah, Zoo Melaka ni zoo kedua besar selepas Zoo Negara. Jadi memang air masak adalah keperluan yang penting
  2. Kalau agak-agak tak tahan nyamuk, korang pakailah krim nyamuk atau losyen untuk elakkan keluar dari zoo dah berbintat-bintat. Terutama untuk baby dan kanak-kanak

Saturday, May 10, 2014

SENARAI PENGINAPAN DI MELAKA

SENARAI HOTEL, RESORT, CHALET, HOMESTAY, HOTEL BUGAT DAN HOTEL MURAH DI MELAKA

SENARAI HOTEL, RESORT, CHALET, HOMESTAY, HOTEL BUGAT DAN HOTEL MURAH DI MELAKA

Pakej percutian dan pelancongan ke Melaka
Penginapan di sekitar bandaraya Melaka bersejarah
Penginapan di sekitar Bandar Melaka International Trade Center (MITC), Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh, Melaka
Penginapan di kawasan pantai Pantai Puteri / Tanjung Kling / Klebang di Melaka
Penginapan di kawasan pantai Pengkalan Balak dan Tanjung Bidara,